twitter


Salam semua…sedar tk sedar esok kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yg ke-53.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan..MERDEKA!

Pengistiharan Kemerdekaan

Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.
Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.
7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.
Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.
Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah  Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!








ALLAHYARHAM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIMSHAH 
( 1957 - 1970)
Perdana Menteri Malaysia Pertama - BAPA KEMERDEKAAN


PENCIPTA BENDERA MALAYSIA







Tiap manusia ini mempunyai corak tulisan yang berbeza-beza. Walaupun ada yang cuba untuk meniru tulisan orang lain, tapi jika diperhatikan sebaik mungkin pasti ada perbezaannya. Dipercayai, melalui tulisan juga kita boleh belajar mengenali diri seseorang. Wah! Ini sudah bagus kan? Tapi ada syaratnya. Alah, bukannya susah. Tapi tulisan yang hendak di’baca’ itu mestilah ditulis dalam keadaan tenang. Seandainya ia ditulis dalam mood yang tak tenteram dan tergesa-gesa, mungkin tulisan itu lebih kotor dan hodoh.. Itu tak boleh dikira kerana bentuk tulisan yang tergambar itu bersifat sementara saja.

[Tulisan berubah-ubah]
Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.
[Kecondongan tulisan]
Tegak – Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.
Condong ke kanan – Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama! Condong ke kiri – Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!
[Saiz tulisan]
Besar – Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.
Kecil – Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.
Semakin lama semakin besar – Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya.
Semakin kecil – Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!
[Bentuk tulisan]
Lebar – Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.
Tulisan kurus – Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.
Tulisan bersegi empat – Otak matematik rupanya dia ni.
Tulisan bulat – Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.
Bersambung – Pemikirannya berdasarkan logik.
Bercerai cerai – Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!
[Jarak tulisan]
Tulisan jauh – Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.
Tulisan rapat – Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.
[Ruangan di tepi]
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya :
Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya -Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.
Ruang muka surat sebelah kiri kecil – Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!
Ruang muka surat kanan kecil – Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.
Penuh satu muka surat – Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak idea bernas yang boleh dikongsi bersamanya.




Yang ni adalah pemberian dari seseorang yg amat aku sayang...
aku sugguh exited dengan patung katak...tk kisah la patung ke bantal ke..jnji katak..


Klik